Penurunan kes harian di Saudi

ARAB Saudi mencatatkan penurunan kes pada hari ini, 3 Ogos 2020 apabila 1,258 kes baharu koronavirus Covid-19 dilaporkan, jumlah harian yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Kes harian yang dicatatkan pada 31 Julai lalu adalah 1,686 diikuti pada 1 Ogos sebanyak 1,573 dan semalam, sebanyak 1,357.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), penurunan itu konsisten walaupun pada musim perayaan ketika pihak berkuasa turut mengambil pelbagai langkah untuk mengawal penularan wabak itu.

Ketika ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi adalah sebanyak 280,093 manakala 32 kematian dilaporkan menjadikan 2,949.

MOH juga mengumumkan 1,972 lagi pesakit pulih yang membawa kepada 242,053 pesakit sembuh daripada jangkitan itu.

Sementara itu, daripada kes baharu, Riyadh mencatatkan 89 kes diikuti Hufof 75, Damman 65, Makkah 54, Madinah 51, dan Jeddah 50.

Tiada kes dilaporkan di tempat suci ketika ibadah haji berakhir.

Related posts

Leave a Comment