Di mana wajib pakai ‘mask‘

PEMAKAIAN pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.

Katanya, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kenderaan sendiri dan semasa melakukan aktiviti fizikal.

“Semalam, tular di media sosial mereka yang di dalam kereta persendirian dikenakan tindakan, (tindakan ini)  tidak betul, kereta persendirian bukan kenderaan awam. Kalau dengan keluarga, kawan tempat kerja naik sekali setiap hari menumpang, tidak perlu ambil tindakan.

“Begitu juga tempat awam (tidak) sesak, padang bola adalah tempat awam, kalau ada penjarakan fizikal tidak perlu pakai mask (pelitup muka), kalau kawasan luas tidak diwajibkan tetapi pelitup muka digalakkan di mana-mana tempat sesak, tepi pantai kalau seorang takkan kena saman,” katanya.

Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk membatalkan saman yang dikenakan ke atas mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

  • Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)
  • Wajib pakai jika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.
  • Wajib pakai jika memasuki pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.
  • Wajib pakai jika berada dalam ruang tertutup yang bercampur orang ramai, seperti panggung wayang, lif, dan ruang seumpamanya..
  • Tidak diwajibkan di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali. Tiada tindakan saman akan dikenakan kepada pengguna yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.
  • Tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Related posts

Leave a Comment