Dirgahayu Tuanku

SELAMAT Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Hari ini juga genap setahun pertabalan Seri Paduka. Pada 31 Januari 2019 baginda diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Read More

Pergolakan politik Sabah

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, 30 Julai 2020 selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin susulan permohonan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal. Berikut adalah kronologi perkembangan politik Negeri Bawah Bayu yang membawa kepada pembubaran DUN itu: 9 Mei 2018 — Barisan Nasional (BN) Sabah terikat jumlah kerusi dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan partinya daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang masing-masing memperoleh 29  kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. — Dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR).  …

Read More

Kembali satu angka

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 kembali kepada satu angka iaitu lapan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini kini 8,964 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ia melibatkan tiga kes import iaitu dua warganegara dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga kes import tersebut adalah dari Kazakhstan (satu kes di Selangor); Indonesia (satu kes di Kedah) dan Filipina (satu kes di Sabah). Dr Noor Hisham berkata lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warga tempatan iaitu di Wilayah Persekutuan (satu kes saringan di sebuah pusat perubatan; Johor (satu kes saringan prapembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang).  Manakala di Sabah,…

Read More

Bersatu mahu sertai MN

UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN)  sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan Pas dan komponen Barisan Nasional (BN). Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu. Dalam kenyataannya, beliau juga memberitahu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah juga menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN. “Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk…

Read More

Tidak tumbang, tetapi bubar

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah bubar. Satu keputusan yang pada ketika ini dapat menamatkan ‘rebutan kuasa’ antara Mohd Shafie Apdal sebagai penyandang jawatan Ketua Menteri dan bekas Ketua Menteri, Musa Aman setelah kedua-dua pihak mendakwa mempunyai majoriti. Mohd Shafie dilihat mahu mempertahankan kerajaan negeri pimpinannya melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Musa pula menawarkan pilihan baharu setelah dua tahun Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah. Adakah kemelut politik ini akan berakhir dengan pembubaran DUN? Adakah dengan mengembalikan kuasa undi kepada rakyat kemelut Sabah akan berakhir? Tidak seperti negeri lain yang ‘tumbang’…

Read More

PKR tagih pampasan RM200j

KUALA LUMPUR: Dua puluh Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar dari parti itu dituntut untuk membayar RM10 juta setiap seorang. PKR akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap mereka termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali (MP Gombak) serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (MP Ampang). Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dalam satu kenyataan berkata ia merupakan bayaran pampasan yang dipersetujui sebelum ini sekiranya mereka berpaling tadah daripada PKR, dan memperuntukkan kerusi itu untuk kepentingan peribadi, di samping…

Read More

Kiswah ditukar ketika hujan

PROSES menukar Kiswah atau kelambu khas yang melitupi Kaabah berjalan lancar walaupun hujan. Kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam bersulam benang emas serta dihiasi dengan ayat al-Quran itu ditukar setiap tahun pada musim haji, iaitu hari Arafah, 9 Zulhijjah ketika jemaah meninggalkan Makkah untuk ke Arafah. Sebelum ini, sejumlah 120 kilogram benang emas dan 120 kilogram benang perak digunakan untuk menghasilkan Kiswah. Setiap tahun Kiswah ditenun menggunakan 670 kilogram benang sutera yang disulam dengan benang emas dan perak bagi melindungi binaan Kaabah itu. Pembuatan Kiswah berukuran 14 meter tinggi dan…

Read More

Hamba Mu datang…

“HAMBA-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.” Bermulanya perjalanan ibadah Rukun Islam yang kelima. Kira-kira 1,000 jemaah terpilih dengan berpakaian ihram melaksanakan Tawaf Qudum (tawaf mula tiba) mengelilingi Kaabah pada hari pertama (29 Julai) musim haji tahun ini. Tawaf adalah ibadat pertama dilaksanakan sejurus memasuki Masjidilharam. Jemaah memulakan hari pertama urusan haji mereka selepas menamatkan empat hari kuarantin di Makkah serta kuarantin kendiri selama…

Read More