ARAB Saudi merekodkan 2,476 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam tetapi pada masa yang sama mencatatkan 4,000 pesakit pulih daripada koronavirus itu
Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah kes keseluruhan adalah 255,825 manakala pesakit sembuh pula 207,259.
Kes aktif pula sebanyak 46,009 di mana 2,184 kes kritikal sementara jumlah kematian meningkat kepada 2,557 dengan 34 lagi meninggal dunia akibat Covid-19.
Sementara itu Jeddah mencatatkan angka tertinggi dengan 284 kes manakala ibu negara, Riyadh mencatatkan 158 kes.
Makkah dan Madinah pula masing-masing merekodkan 107 dan 93 kes.
Taif pula merekodkan 143, Hufof 105, Hafr Al-Batin 100, Dammam 96 dan Khamis Mushayt 90, Al-Mobarraz 82, Najran 71 dan Buraidah 68.