Kes sembuh atasi kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 2,476 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam tetapi pada masa yang sama mencatatkan 4,000 pesakit pulih daripada koronavirus itu Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah kes keseluruhan adalah 255,825 manakala pesakit sembuh pula 207,259. Kes aktif pula sebanyak 46,009 di mana 2,184 kes kritikal sementara jumlah kematian meningkat kepada 2,557 dengan 34 lagi meninggal dunia akibat Covid-19. Sementara itu Jeddah mencatatkan angka tertinggi dengan 284 kes manakala ibu negara, Riyadh mencatatkan 158 kes. Makkah dan Madinah pula masing-masing merekodkan 107 dan 93 kes. Taif pula…

Read More

Tiada lagi kuarantin di rumah

TIADA lagi kuarantin di rumah. Satu langkah tepat daripada membiarkan mereka yang dikuarantin ke sana ke sini ke sana ke sini sehingga menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Langkah berkenaan akan bermula 24 Julai  yang melibatkan rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini mulai Jumaat ini. Individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mendapati terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di…

Read More

15 kes, muncul kluster baharu

PUTRAJAYA : Tiga hari berturut-turut, catatan dua angka masih belum mengalah apabila 15 kes baharu positif Covid-19 dilapor hari ini dengan melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan empat import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,815 dengan 130 kes kebolehjangkitan. Empat kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja, iaitu dari Belanda, Arab Saudi, United Kingdom dan Indonesia. Daripada 11…

Read More

1.7 juta pekerja asing berdaftar

STATISTIK Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan sehingga 30 April 2020, jumlah pekerja asing yang berdaftar dan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah 1,746,817 orang. Indonesia mendahului senarai dengan 604,404 pekerja diikuti Bangkadesh 481,041, Nepal 264, 472 dan Myanmar 156,481. Menteri Sumber Manusia, M Saravanan memberitahu demikian semasa menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon di Dewan Rakyat. Kerajaan juga pada masa ini membekukan pengambilan pekerja asing baharu mengambil kira penularan wabak pandemik Covid-19 yang memberi implikasi yang besar kepada pasaran pekerjaan negara. Kerajaan juga lebih cenderung mengambil pendekatan “all out” bagi…

Read More

14.6 juta kes, 8.2 juta pulih

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat 7 pagi ini mencecah 14,632,087 dengan angka kematian pula menunjukkan 608,572. Data Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 220,000 kes baharu dan 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam. Amerika Syarikat (AS) paling tinggi kes dengan catatan 3,816,427 diikuti Brazil 2,118,646 dan India 1,118,206. Pada masa yang sama, AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu 140,879 dan 80,120. Bagaimanapun India berada di tangga kelapan kematian iaitu sebanyak 27,497 Rusia pula berada di tangga keempat dengan melepasi angka jangkitan setengah…

Read More