JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat 7 pagi ini mencecah 14,632,087 dengan angka kematian pula menunjukkan 608,572.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 220,000 kes baharu dan 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) paling tinggi kes dengan catatan 3,816,427 diikuti Brazil 2,118,646 dan India 1,118,206.
Pada masa yang sama, AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu 140,879 dan 80,120.
Bagaimanapun India berada di tangga kelapan kematian iaitu sebanyak 27,497
Rusia pula berada di tangga keempat dengan melepasi angka jangkitan setengah juta iaitu 776,212 kes.
Empat buah negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 373,628, Peru 353,590, Mexico 349,396 dan Chile 330,930.
Sepuluh negara pula merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom 296,944, Iran 276,202, Pakistan 265,083,
Sepanyol, 264,836, Arab Saudi 253,349 dan Itali 244,624.
Turki pula merekodkan 220,572, Perancis 214,023, Bangladesh 207,453 dan Jerman 203,325.
Empat negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 iaitu Colombia 197,278, Argentina 126,755, Kanada 112,834 dan Qatar 107,037
Iraq pula mencecah 94,693 kes, Mesir 88,402,Indonesia 88,214 dan China 85,314.
Sementara itu United Kingdom merekodkan 45,397 kematian diikuti Mexico 39,485, Itali 35,058, Perancis 30,180, Sepanyol 28,422 dan Iran 13,18
Sementara itu sebanyak 8,220,478 kes dilaporkan pulih di mana Brazil mendahului dengan 1,514,300 diikuti AS 1,131,121 , India 700,087, Rusia 552,644, Chile 301,794, Mexico 259,812 dan Peru 245,081 dan Iran 240,087,