1.7 juta pekerja asing berdaftar

STATISTIK Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan sehingga 30 April 2020, jumlah pekerja asing yang berdaftar dan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah 1,746,817 orang.

Indonesia mendahului senarai dengan 604,404 pekerja diikuti Bangkadesh 481,041, Nepal 264, 472 dan Myanmar 156,481.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan memberitahu demikian semasa menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga pada masa ini membekukan pengambilan pekerja asing baharu mengambil kira penularan wabak pandemik Covid-19 yang memberi implikasi yang besar kepada pasaran pekerjaan negara.

Kerajaan juga lebih cenderung mengambil pendekatan “all out” bagi memastikan pencari kerja warganegara diserapkan dalam pasaran pekerjaan bagi mengurangkan pengangguran dan menjamin kelangsungan hidup rakyat khususnya yang terkesan akibat pandemik tersebut.

Di samping itu, kerajaan juga mewajibkan pengiklanan kekosongan jawatan untuk tempoh tidak kurang dari 30 hari di Portal JobsMalaysia bagi tujuan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang.

Sekiranya tiada pengisian dari kalangan pencari kerja tempatan dalam tempoh tersebut, majikan dibenarkan membuat permohonan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang. Inisiatif ini bermula pada 1 Julai 2020.

Berhubung pekerja asing sedia ada yang terkesan akibat pandemik ini, mulai 10 Jun 2020 kerajaan menjalankan program pertukaran majikan bagi membolehkan majikan yang tidak dapat meneruskan penggajian pekerja asing mereka menyerahkan pekerja-pekerja tersebut kepada majikan baharu (redeployment) dalam sektor yang sama.

Related posts

Leave a Comment