Kes di Indonesia kini 75,699

SINGAPURA mengesahkan 178 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif mencecah 45,961 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini, 12 Julai, majoriti kes adalah daripada pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Setakat ini, ada satu kes dalam komuniti melibatkan rakyat Singapura dan satu kes import yang diberikan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Setakat ini  96,200 SHN dikeluarkan dan 10,800 masih aktif. Sehingga 12 tengah hari semalam, 11 Julai, 42,026 atau kira-kira 92 peratus daripada pesakit pulih sepenuhnya manakala 192 kes masih di hospital di…

Read More

Trend penurunan kes

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,779 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 232,259.kes. Jumlah kes harian itu menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari ini berbanding jumlah pada hari Khamis 3,183 kes, Jumaat 3,159 dan semalam Sabtu 2,994 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,223 kes dengan 42 lagi kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 62,898 kes aktif di mana 2,245 kes kritikal Riyadh mendahului dengan 247 kes diikuti Jeddah 191, Hufof 162, Dammam dan Makkah masing-masing 157 kes, Taif dan Khamis Mushait masing-masing…

Read More

11 kes tempatan, tiga import

PUTRAJAYA: Empat belas kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, Ahad 12 Julai 2020 menjadikan jumlah sebanyak 8,718 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 77 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara dan lapan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Sebanyak empat kes…

Read More

Tema ‘Malaysia Prihatin’

MALAYSIA PRIHATIN dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. ‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan. ‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini. –…

Read More

Jumaat tiga sesi di Singapura

MULAI 17 Julai ini, sebanyak 47 masjid di Singapura akan menambah satu lagi sesi solat Jumaat , menjadikan tiga sesi sementara 17 masjid lagi kekal dengan dua sesi. Setiap sesi masih terhad kepada 50 jemaah,  dan perlu membuat tempahan  di https://ourmosques.commonspaces.sg atau melalui aplikasi MuslimSG. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui facebooknya kelmarin berharap tambahan itu dapat meningkatkan ruang untuk solat Jumaat. Tambahan itu susulan pemantauan yang dibuat sejak solat Jumaat pada 26 Jun lalu dengan pelaksanaan langkah-langkah Pengurusan Selamat. “Selama tiga minggu ini, kami telah melihat solat jemaah yang sangat…

Read More

12.6 juta kes, 563,800 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian akibatnya di seluruh dunia merekodkan peningkatan  dalam tempoh 24 jam. Data Johns Hopkins University, setakat pukul 8 pagi Ahad menunjukkan kes jangkitan mencecah 12,671,592 dan 563,841 kematian. Data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pula (sehingga 11 Julai) merekodkan 12.322,395 kes dengan  556,335 kematian. Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 3,242,073 kes dan 134,729 kematian manakala Brazil dengan 1,839,850 kes serta 71,469 kematian. India pula di kedudukan ketiga dengan merekodkan  820,916 tetapi kes kematiannya 22,123, tempat kelapan tertinggi. Rusia juga mencatatkan kes…

Read More