11 kes tempatan, tiga import

PUTRAJAYA: Empat belas kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, Ahad 12 Julai 2020 menjadikan jumlah sebanyak 8,718 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 77 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

Daripada 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara dan lapan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sebanyak empat kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 8,519 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tiada sebarang kematian berkaitan Covid-19 direkodkan hari ini dan jumlah kumulatif kematian kekal 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Setakat ini, terdapat tiga kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment