Saudi catat 2,017 kematian

JUMLAH kes Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 217,108 kes apabila 3,392 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lepas. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 49 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes 2,017.. Pada masa yang sama sebanyak 5,205 lagi pesakit pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 154,839. Sementara itu, Riyadh merekodkan jumlah tertinggi dengan 308 kes, diikuti Taif 246 kes, Madinah 232, Jeddah 227, Dammam 219, Qatif 141, Makkah 132, Khamis Mushayt 124, Hail 109, Hufof 106 dan Najran 102 .

Read More

Jumlah kes di Indonesia 66,226

INDONESIA merekodkan 1,268 kes lagi dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,226 kes, kata  Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto. Beliau berkata dalam tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini 7 Julai 2020, sebanyak 68 lagi kematian direkodkan, menjadikan keseluruhan mereka yang maut akibat Covid-19 di negara itu berjumlah 3,309 orang.  Sebanyak 13,471 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,079 kes, diikuti Jakarta (661 kes), Jawa Tengah (220), Kalimantan Selatan (205) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain…

Read More

6 kes : 4 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA : Enam kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,674 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu, empat merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan rakyat Malaysia manakala dua lagi kes adalah penularan dalam negara, yang membabitkan warga tempatan. Kes tersebut dikesan hasil saringan di tempat kerja, di mana satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu lagi dari Selangor. Terdapat lima kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak…

Read More

India tempat ke-3 kes tertinggi

INDIA menduduki tempat ketiga mengatasi Rusia dengan merekodkan kes tertinggi Covid-19 dengan catatan 697,413 kes di belakang Amerika Syarikat (AS) dan Brazil Data Johns Hopkins University menunjukkan sehingga 7.30 pagi 7 Julai 2020,  dunia mencatatkan 11,579,837 kes dan 536,814 kematian. AS mendahului dengan 2,931,142 kes dan 130,248 kematian disusuli Brazil 1,623,284 kes dan 65,487 kematian manakala India mencatatkan 19,693 tetapi di tempat ke lapan. Peru pula merekodkan 305,703 kes dengan 10,772 kematian. Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes didahului Chile 298,557, United Kingdom (UK) 287,290, Mexico 256,848 dan Sepanyol 251,789. Iran…

Read More

Bagaimana virus merebak?

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meneliti laporan susulan sekumpulan saintis yang menggesa supaya agensi itu menyemak semula saranan berhubung jangkitan Covid-19. Baru-baru ini, 239 saintis mendakwa koronavirus SARS-CoV-2 boleh tersebar menerusi partikel kecil dalam udara sedangkan WHO memaklumkan ia merebak dari individu ke individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut. WHO mendakwa virus itu disebar apabila individu yang mempunyai virus berkenaan batuk, bersin atau bercakap. Bagaimanapun, fakta WHO disanggah oleh kumpulan saintis berkenaan melalui  surat terbuka kepada agensi itu baru-baru ini yang turut mendesak agar WHO mengemas…

Read More

Haji: 70 peratus warga asing

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka pendaftaran haji terhad tahun ini dengan syarat yang ketat mulai Isnin, 6 Julai sehingga Jumaat ini melalui laman webnya localhaj.haj.gov.sa Hanya 10,000 akan dipilih di mana 70 peratus diperuntukkan kepada warga asing yang tinggal di Arab Saudi dan selebihnya untuk warga tempatan. Media Arab Saudi melaporkan bakal jemaah perlu mematuhi kriteria tahap kesihatan termasuk tidak menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan pernafasan, tidak dijangkiti Covid-19 atau menunjukkan gejalanya. Bagi jemaah tempatan pula, mereka akan dipilih dalam kalangan anggota barisan…

Read More

Arab Saudi catat 213,716 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi merekodkan 4,207 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 213,716 kes. Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, jumlah kes pesakit sembuh pula adalah sebanyak 4,398 yang menjadikan jumlah pulih 149,634 kes. Ketika ini, 62,114 kes aktif dengan 2,254 kes kritikal sedang dirawat di unit rawatan rapi sementara 52 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 1,968. Sementara itu Qatif mencatatkan kes tertinggi dengan 437 kes diikuti Khamis Mushayt sebanyak 364 kes,  Riyadh 330, Dammam 293, Taif 279, Hufof 242, Jeddah 209, Mobarraz…

Read More