India tempat ke-3 kes tertinggi

INDIA menduduki tempat ketiga mengatasi Rusia dengan merekodkan kes tertinggi Covid-19 dengan catatan 697,413 kes di belakang Amerika Syarikat (AS) dan Brazil

Data Johns Hopkins University menunjukkan sehingga 7.30 pagi 7 Julai 2020,  dunia mencatatkan 11,579,837 kes dan 536,814 kematian.

AS mendahului dengan 2,931,142 kes dan 130,248 kematian disusuli Brazil 1,623,284 kes dan 65,487 kematian manakala India mencatatkan 19,693 tetapi di tempat ke lapan.

Peru pula merekodkan 305,703 kes dengan 10,772 kematian.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes didahului Chile 298,557, United Kingdom (UK) 287,290, Mexico 256,848 dan Sepanyol 251,789.

Iran pula merekodkan 243,051 kes, Itali 241,819, Pakistan 231,818, Arab Saudi 213,716, Turki 206,844,  Afrika Selatan 205,721 dan Perancis 205,597.

Qatar memasuki kumpulan 100,000 kes di mana Jerman mendahului dengan 198,064 kes, Bangladesh 165,618, Colombia 117,412, Kanada 107,748 dan Qatar 100,345

China pula merekodkan 84,888 kes berbanding semalam 84,868 kes diikuti Argentina 80,447, Mesir 76,222 dan Sweden 73,061.

Sementara itu, UK di tempat ketiga kematian dengan merekodkan 44,321 diikuti Itali 34,869, Mexico 30,639, Perancis 29,923 dan Sepanyol 28,388, Iran 11,731, Peru 10,772 dan Rusia 10,271.

Dunia juga merekodkan 6,269,860 kes pulih di mana Brazil merekodkan 1,054,591, AS 924,148, Rusia 453,495, India 424,433, dan Chile 264,378.

Related posts

Leave a Comment