Arab Saudi catat 213,716 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi merekodkan 4,207 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 213,716 kes.

Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, jumlah kes pesakit sembuh pula adalah sebanyak 4,398 yang menjadikan jumlah pulih 149,634 kes.

Ketika ini, 62,114 kes aktif dengan 2,254 kes kritikal sedang dirawat di unit rawatan rapi sementara 52 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 1,968.

Sementara itu Qatif mencatatkan kes tertinggi dengan 437 kes diikuti

Khamis Mushayt sebanyak 364 kes,  Riyadh 330, Dammam 293, Taif 279, Hufof 242, Jeddah 209, Mobarraz 171, Makkah 147, Najran 133 dan Tabuk 101.

Related posts

Leave a Comment