Saudi catat 2,017 kematian

JUMLAH kes Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 217,108 kes apabila 3,392 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 49 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes 2,017..

Pada masa yang sama sebanyak 5,205 lagi pesakit pulih yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 154,839.

Sementara itu, Riyadh merekodkan jumlah tertinggi dengan 308 kes, diikuti Taif 246 kes, Madinah 232, Jeddah 227, Dammam 219, Qatif 141, Makkah 132, Khamis Mushayt 124, Hail 109, Hufof 106 dan Najran 102 .

Related posts

Leave a Comment