70 lagi kematian di Indonesia

SINGAPURA mengesahkan 183 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan angka keseluruhan jangkitan 44,983 kes. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memberitahu, 23 kes merupakan penularan dalam komuniti melibatkan tiga rakyat atau pemastautin tetap dan 20 lagi pemegang pas kerja. Terdapat tiga kes import baharu dan kesemua mereka diarahkan kuarantin di rumah sebaik tiba di Singapura. Berdasarkan data lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 598 jangkitan sebagai kes import,  1,938  jangkitan dalam komuniti dan 42,264 pekerja asing di asrama. Setakat semalam, sebanyak  40,441 atau 90 peratus pesakit pulih sementara 212 kes sedang dirawat,  dua…

Read More

Shabudin jadi timbalan menteri

ANGGOTA Parlimen Tasek Gelugor,  Shabudin Yahaya mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Shabudin melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan, disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali. Turut hadir pada istiadat itu tiga Menteri Kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof selain Menteri…

Read More

Sukarkah mematuhi SOP?

PETANG ini dalam sidang akhbarnya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan mengenai ada dalam kalangan orang ramai yang mula mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam termasuk di rumah ibadat. Beliau menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) belum berakhir. Selagi tidak ada vaksin, virus Covid-19 masih ada di sekeliling kita. Walaupun tidak ada polis atau pihak berkuasa yang memerhati di semua tempat, masing-masing bertanggungjawab untuk menjaga diri dan masyarakat sekeliling. Justeru kawalan kendiri amat penting dengan mematuhi SOP. Sukar sangatkah untuk mematuhi SOP?…

Read More

Lima kes baharu

SEBANYAK lima kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,668 kes. Daripada lima kes baharu itu, satu kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, satu kes bagi bukan warganegara,  manakala tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sebelas kes telah pulih menjadikan 8,476 pesakit sembuh. Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 121 kes.

Read More

AS dan Brazil mendahului

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 160,000 kes dan 4,000 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan 11.36 juta kes dan 532,000 kematian. Data terbaharu daripada Johns Hopkins University menunjukkan sehingga 7 pagi ini 6 Julai 2020,  Amerika Syarikat (AS) terus mendahului sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.87 juta kes serta 129,871 kematian. Brazil kini menduduki tangga kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1,577,004 dengan 64,265 kematian. Rusia dan India pula melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 680,283 dan 673,165 kes manakala…

Read More