SEBANYAK lima kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,668 kes.
Daripada lima kes baharu itu, satu kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, satu kes bagi bukan warganegara, manakala tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebelas kes telah pulih menjadikan 8,476 pesakit sembuh.
Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 121 kes.