AS dan Brazil mendahului

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 160,000 kes dan 4,000 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan 11.36 juta kes dan 532,000 kematian.

Data terbaharu daripada Johns Hopkins University menunjukkan sehingga 7 pagi ini 6 Julai 2020,  Amerika Syarikat (AS) terus mendahului sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.87 juta kes serta 129,871 kematian.

Brazil kini menduduki tangga kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1,577,004 dengan 64,265 kematian.

Rusia dan India pula melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 680,283 dan 673,165 kes manakala Peru pula melepasi angka 300,000 dengan mencatatkan 302,718 kes.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Chile 295,532, United Kingdom (UK) 286,931, Mexico 252,165, Sepanyol 250,545, Itali 241,611, Iran 240,438, Pakistan 228,474, Arab Saudi 209,509, Turki 205,758 dan Perancis. 204,222.

Jerman juga menghampiri kumpulan 200,000 tetapi masih bersama empat negara lain yang merekodkan angka lebih 100,000 kes.

Ketika ini Jerman mencatatkan 197,421 kes diikuti rapat Afrika Selatan 196,750, Bangladesh 162,417, Colombia 113,685, dan Kanada 107,394. Qatar pula menghampiri 100,000 kes dengan catatan terkini 99,799 mengatasi China yang merekodkan 84,868 kes.

Sementara itu, UK di tempat ketiga kematian dengan merekodkan 44,305 kes diikuti Itali 34,861, Mexico 30,366, Perancis 29,896 dan Sepanyol 28,385.

Dunia juga merekodkan 6,156,076 kes pulih di mana Brazil merekodkan 1,029,045 diikuti AS 906,763, Rusia 449,995, India 409,083 dan Chile 261,039.

Related posts

Leave a Comment