Hari kedua lebih 4,000 kes

HARI kedua berturut-turut, Arab Saudi merekodkan kes harian jangkitan Covid-19 melebihi 4,000 kes apabila hari ini, 4 Julai, negara itu mencatatkan 4,128 kes , turun sedikit berbanding semalam 4,193 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes 205,929.

Bagi tempoh 24 jam juga, MOH mengesahkan 56 lagi pesakit yang dijangkiti meninggal dunia menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara itu meningkat kepada 1,858.

Jumlah kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 143,256 apabila 2,642 lagi pesakit pulih.

Sementara itu, Riyadh kembali mendahului dengan 360 kes diikuti Dammam 315, Hufof 217, Qatif 214, Makkah 212, Taif 204, Khamis Mushayt 201, Mubarraz 175,

Jeddah 169 dan Al-Khobar 151,

Madinah pula mencatatkan 142 kes, Dhahran 140, Abha 125, Al-Kharj 107 dan Bisha 104 kes.

Khamis lalu MOH mengingatkan masyarakat mematuhi pelbagai langkah bagi mengelakkan jangkitan termasuk majlis keraian atau perhimpunan yang hanya boleh dihadiri 50 orang sahaja.

Related posts

Leave a Comment