Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 8 Sept. – Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 Selasa,  turun kepada 0.95 berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, sebanyak 11 negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak dengan 1.18.

Ini diikuti Johor dan Terengganu dengan masing-masing 1.09, Perak 1.03, Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing 1.02, Perlis dan Pahang masing-masing 1.01.

Ini diikuti Kedah 0.98, Sabah 0.97 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.95.

Sementara itu, empat negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Melaka 0.92, Selangor 0.88, manakala Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 0.81.

Labuan pula mencatat empat kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment