Tiada kes tempatan di Thailand

INDONESIA merekodkan 1,240 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 51,427 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 2,683 berikutan 63 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, sebanyak 13,506 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Katanya, Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 796 kes, diikuti provinsi Jakarta (616 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan kes positif dan kematian mendadak, sejak Ramadan lepas, dipercayai akibat pergerakan orang ramai pulang ke…

Read More

Seri Paduka lawat sekolah

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra dan bertanya khabar dengan pelajar-pelajar di dalam kelas di SMK Danau Kota, setapak, hari ini, 26 Jun 2020. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada pukul 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula…

Read More

Gerakan dapat 1 kerusi DUN

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, di Perak A. Sivasubramaniam memilih menyertai Gerakan selepas lebih tiga bulan mengumumkan keluar daripada DAP. Sivasubramaniam berkata, keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP. Katanya, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan. “Kononnya, DAP adalah sebuah parti politik yang berpaksikan demokratik dan multiracial. Tetapi keadaan sebenarnya terlalu pahit.Demokrasi dalam DAP Negeri Perak dikawal oleh satu dua orang yang berkuasa, mengenepikan kesuburan demokrasi dalam parti itu. “Di peringkat…

Read More

Harga petrol naik 10 sen

HARGA petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen bermula 12 tengah malam nanti (27 Jun 2020). Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini RM1.59 seliter, akan meningkat kepada RM1.69 seliter. Manakala harga RON97 pula akan menjadi RM1.99 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.89 seliter. Harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.77 seliter kepada RM1.86 seliter. Harga tersebut adalah bagi tempoh 27 Jun 2020 sehingga 3 Julai 2020. Menurut kenyataan Menteri Kewangan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari…

Read More

5 kes import, 1 saringan kerja

ENAM kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, 26 Jun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,606, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan. Lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Satu kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Malaysia mencatatkan sifar…

Read More

Kes positif kini 9.55 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga pagi ini mencecah 9.55 juta iaitu peningkatan kira-kira 200,000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 484,880, peningkatan kira-kira 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Menurut data  Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2,416,727 kes dan 122,550 kematian. Brazil pula menjadi negara kedua yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,228,114 dengan 54,971 kematian manakala Rusia pula menduduki tempat ketiga dengan 613,148 kes tetapi jumlah kematian lebih rendah berbanding AS dan Brazil iaitu 8,594. India dan…

Read More

Chok Tong bersara dari politik

MENTERI Kanan Singapura Goh Chok Tong mengumumkan persaraan daripada politik dengan tidak menyertai Pilihan Raya Umum negara itu pada 10 Julai ini. Mantan Perdana Menteri itu menemui Perdana Menteri (PM) Lee Hsien Loong pada 24 Jun lalu bagi menyerahkan surat bersara sebagai Ahli Parlimen Marine Parade GRC. “ Saya berterima kasih kepada PM kerana memahami dan menerima” katanya dalam catatan Facebooknya. Goh berkata, adalah amat menyedihkan untuk mengakhiri satu fasa dalam kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu selepas 44 tahun menjadi ahli Parlimen ketika menyertai pilihan raya pada tahun 1976.…

Read More

Kes di Arab Saudi 170,639

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 3,372 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 170,639. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 5,085 kes sembuh menjadikan 117,882 kes pulih sementara 1,428 meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Sebanyak 51,325 kes aktif manakala 2,206 dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Riyadh mencatatkan penurunan kes harian sejak beberapa hari lalu dengan 241 kes berbanding minggu sebelumnya sehingga mencecah lebih 2,000 kes. Kali ini Dammam mendahului dengan 333 kes, diikuti Makkah 331, Hafouf 304, Al Qatif 304, Riyadh 241, Jeddah 218 dan  Hafr Albatin…

Read More