AMERIKA Syarikat (AS), Brazil dan Rusia terus mendahului negara-negara lain merekodkan kes jangkitan tertinggi Covid-19 ketika dunia mencatatkan 8,56 juta kes dalam tempoh 24 jam.
Menurut data Johns Hopkins University, AS dan Brazil turut mencatat kematian tertinggi di dunia yang ketika ini mencecah 457,388 berbanding Rusia yang berada di kedudukan ke-14.
AS dan Brazil masing-masing mencatatkan 118,991 dan 47,748 kematian berbanding Rusia 7,831.
India pula merekodkan kes jangkitan 380,532 diikuti United Kingdom 303,281.
Lima negara mencatat angka melebihi 200,000 kes iaitu Sepanyol 245,575, Peru 244,388, Itali 238,011, Chile 231,393 dan Iran 200,262.
Lapan lagi negara mencatatkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis 196,083, Jerman 190,299, Turki 185,245, Mexico 165,455, Pakistan 165,062, Arab Saudi 150,292, Bangladesh 105,535 dan Kanada 102,204.
Afrika Selatan dan Qatar yang semalam di bawah China kini mengatasi negara permulaan wabak itu apabila masing-masing mencatatkan 87,715 dan 85,462 sementara China merekodkan 84,494.
Sementara itu United Kingdom menduduki tempat ketiga kematian dengan mencatatkan 42,546 diikuti Itali 34,561 dan Perancis 29,620.
Sepanyol pula mencatatkan 28,315 kes, Mexico 19,747, India 12,573, Belgium 9,695, Iran 9,392, Jerman 8,887, Kanada 8,408, Rusia 7,831 dan Peru 7,461.