Indonesia catat 1,331 kes baharu

THAILAND merekodkan lima kes baharu Covid-19, kesemuanya melibatkan pelajar lelaki warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi, menjadikan 3,146 kes. Jumlah kematian pula kekal 57 apabila tiada kematian baharu dilaporkan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CSSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lima pesakit Covid-19 tanpa gejala berusia antara 23 dan 26 tahun itu, tiba di Thailand pada 12 Jun dan menjalani kuarantin 14 hari di Bangkok. Sehingga kini, terdapat 15 daripada 195 penumpang dalam penerbangan itu diuji positif Covid-19. Katanya, sebanyak 3,008 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, sementara 80 masih menjalani…

Read More

Enam kes baharu

Situasi terkini 19 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 6 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,535 kes. Daripada 10 kes baru, 4 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, tiada kes bagi bukan warganegara manakala 2 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 70 kes telah pulih menjadikan 8,070 pesakit telah pulih dan discaj. Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes. Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh…

Read More

Fasa kedua pembukaan semula

HARI ini, Singapura membuka lembaran baharu selepas 73 hari penduduk menjalani tempoh pemutus litar, satu usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang bermula pada 7 April lalu. Mulai hari ini, fasa kedua pembukaan semula membolehkan pelbagai urusan kerja dan aktiviti sosial dilaksanakan. Fasa pertama pada 2 Jun lalu, antara lain menyaksikan pembukaan semula  sekolah, kedai atau perkhidmatan  yang risiko kadar jangkitan yang rendah. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan keupayaan menguji virus Covid-19 akan dipertingkatkan ketika Singapura memulakan fasa kedua. Beliau meminta semua orang memainkan peranan dengan menjaga jarak selamat…

Read More

AS, Brazil mendahului

AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil mendahului negara-negara lain merekodkan kes jangkitan dan kematian Covid-19 ketika dunia mencatatkan 8.42 juta kes serta lebih 452,000 kematian. Sehingga 6.30 pagi waktu Malaysia, data Johns Hopkins University menunjukkan AS paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.185,873 kes dan Brazil 978,142 dengan AS merekodkan 118,334 kematian manakala Brazil 47,748. Rusia pula melepasi angka jangkitan setengah juta iaitu 560,321 menduduki di tempat ketiga tetapi kematiannya lebih rendah iaitu 7,650, di tangga ke -13. India pula merekodkan kes jangkitan 366,946 diikuti United Kingdom 301,935 sementara empat  negara…

Read More