Indonesia catat 1,331 kes baharu

THAILAND merekodkan lima kes baharu Covid-19, kesemuanya melibatkan pelajar lelaki warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi, menjadikan 3,146 kes. Jumlah kematian pula kekal 57 apabila tiada kematian baharu dilaporkan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CSSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lima pesakit Covid-19 tanpa gejala berusia antara 23 dan 26 tahun itu, tiba di Thailand pada 12 Jun dan menjalani kuarantin 14 hari di Bangkok.

Sehingga kini, terdapat 15 daripada 195 penumpang dalam penerbangan itu diuji positif Covid-19.

Katanya, sebanyak 3,008 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, sementara 80 masih menjalani rawatan.

INDONESIA mencatatkan 1,331 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes  positif kini berjumlah 42,762.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 63 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berjumlah 2,339 orang.

Sebanyak 17,923 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 664 kes, diikuti provinsi Jakarta (578 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (150) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA melaporkan 142 lagi kes positif jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan satu kes dalam komuniti melibatkan penghuni penjara dengan pas lawatan sosial. Jumlah kumulatif kini sebanyak 41,615 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan penghuni berkenaan tiba di Singapura sebelum pelaksanaan langkah kawalan sempadan.

Penghuni tersebut telah diasingkan daripada penghuni lain sejak dimasukkan ke Kompleks Penjara Changi pada 6 Jun, dan diuji positif untuk Covid-19.

Sehingga tengah hari semalam, 32,712 atau kira-kira 79 peratus daripada jumlah pesakit pulih sepenuhnya.

Terdapat 225 kes positif yang masih menerima rawatan di hospital pada Khamis, dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi. Setakat ini, 26 meninggal dunia akibat COVID-19.

FILIPINA sehingga pukul 4 petang hari ini, 19 Jun 2020, merekodkan 661 kes jangkitan menjadikan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 28,459 kes.

Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan, selain 460 kes terkini, 201 kes lewat juga dilaporkan. Kes-kes segar hari ini berdasarkan laporan pencapaian harian yang diserahkan oleh 47 daripada 59 makmal operasi semasa.

DOH juga mengumumkan 288 kes pemulihan membawa jumlah pesakit sembuh kepada 7,378.

Sebanyak 14 kematian dilaporkan di mana 12 (86 %) berlaku dalam dua minggu pertama Jun (04-14 Jun 2020).

Related posts

Leave a Comment