AS, Brazil mendahului

AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil mendahului negara-negara lain merekodkan kes jangkitan dan kematian Covid-19 ketika dunia mencatatkan 8.42 juta kes serta lebih 452,000 kematian.

Sehingga 6.30 pagi waktu Malaysia, data Johns Hopkins University menunjukkan AS paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.185,873 kes dan Brazil 978,142 dengan AS merekodkan 118,334 kematian manakala Brazil 47,748.

Rusia pula melepasi angka jangkitan setengah juta iaitu 560,321 menduduki di tempat ketiga tetapi kematiannya lebih rendah iaitu 7,650, di tangga ke -13.

India pula merekodkan kes jangkitan 366,946 diikuti United Kingdom 301,935 sementara empat  negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Sepanyol 245,268, Peru 240,908, Itali 238,159 dan Chile 225,103.

Sembilan lagi negara mencatatkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Iran 197,647, Perancis 195,272, Jerman 189,817, Turki 184,031, Pakistan 160,118, Mexico 159,793, Arab Saudi 145,991, Bangladesh 102,292 dan Kanada 101,877.

China pula merekodkan 84,462 kes diikuti Qatar 84,441 dan Afrika Selatan 83,890.

Sementara itu United Kingdom mencatatkan 42,373 kematian diikuti Itali 34,514,

Perancis 29,606, Sepanyol 27,136, Mexico 19,080, India 12,237, Belgium 9,683, Iran 9,272, Jerman 8,875, Kanada 8,361, Rusia 7,650 dan Peru 7,257.

Netherlands pula merekodkan 6,097 kes, Sweden  5,053, Turki 4,882, China 4,638 dan Equador 4,087.

Related posts

Leave a Comment