Thailand ‘bebas’ kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 1,017 kes baharu menjadikan 39,294 kes manakala kematian meningkat kepada 2,198 kes dengan 64 lagi kematian. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto,bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Daripada jumlah keseluruhan kes positif itu, sebanyak 15,123 pesakit telah sembuh dan dalam tempoh 24 jam berkenaan juga, sebanyak 592 lagi pesakit sembuh. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 616 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan…

Read More

Kes harian naik kepada 4,507

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila  4,507 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam meningkat lebih 200 kes berbanding 4,233 pada Ahad, semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes keseluruhan kini adalah 132,048 sementara kematian pula mencecah 1,011 berikutan 39 lagi kes dilaporkan hari ini. Kes aktif 43,147 dan kritikal 1,897 manakala jumlah pesakit pulih pula sebanyak 87,890 apabila 3,170 lagi pesakit dilaporkan sembuh . Sementara itu, Riyadh terus menjadi lokasi yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,658 kes, menurun sedikit berbanding semalam. Jeddah menduduki tempat…

Read More

41 kes baharu

PUTRAJAYA: Sebanyak 41 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini pada Isnin, 15 Jun 2020 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,494 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 973 kes. Daripada jumlah kes baharu, tiga kes adalah jangkitan dari luar negara yang pulang dari Singapura. Ia masing-masing melibatkan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun; penyelia berumur 54 tahun; serta bayi perempuan berusia sembilan bulan. Daripada 38 kes penularan dalam negara, 32 kes adalah bukan warganegara manakala enam kes adalah dalam kalangan…

Read More

Masjid, surau WP dibuka

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali yang berada di kawasan zon merah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan rumah ibadat itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk bilangan jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti bangunan. Memandangkan kadar pematuhan SOP yang tinggi, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan di zon merah. “Masjid dan surau di negeri-negeri lain tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,”…

Read More

Dua ADUN tinggalkan UPKO

EPISOD keluar parti berterusan. Kali ini di Sabah apabila dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas serta menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Dua ADUN itu, James Ratib (Sugut) dan Limus Juri (Kuala Penyu) mengambil tindakan itu seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Lebih menarik, James Ratib berkata, lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini. Sebelum ini, Limus merupakan Naib Presiden UPKO dan Ketua UPKO Bahagian Beaufort manakala James selaku Ahli Majlis Tertinggi UPKO. Tengah hari tadi di kediaman Limus,…

Read More

Kes positif dunia lebih 7.8 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 7.87 juta dengan pertambahan lebih 120,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian meningkat sebanyak 5,000 kes menjadikan jumlah kes 432,173. Data terbaharu Johns Hopkins University setakat 6.30 pagi menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.09 juta kes dan 115,721 kematian. Brazil menduduki tempat kedua dengan 867,624 kes, diikuti Rusia 528,267 dan India 320,922 kes.Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom 297,342 , Sepanyol 243,928, Itali 236,989 dan Peru 225,132. Kanada menyertai…

Read More