Thailand ‘bebas’ kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 1,017 kes baharu menjadikan 39,294 kes manakala kematian meningkat kepada 2,198 kes dengan 64 lagi kematian.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto,bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Daripada jumlah keseluruhan kes positif itu, sebanyak 15,123 pesakit telah sembuh dan dalam tempoh 24 jam berkenaan juga, sebanyak 592 lagi pesakit sembuh.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 616 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (131) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA mengesahkan tambahan 214 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 40,818 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan, terdapat tiga kes dalam komuniti dan sebahagian besarnya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama

Setakat tengah hari Ahad, 29,589 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti komuniti.

Terdapat 238 kes positif yang masih dirawat dengan dua dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi. Sebanyak 10,751 kes yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi positif Covid-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 26 telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

THAILAND ‘bebas’ kes dan kematian dalam tempoh 24 jam, hari ke-21 tanpa jangkitan tempatan. Daripada 3,135 kes positif, sebanyak 2,987 telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, manakala 90 masih berada di wad, dan 58 kes melibatkan kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, dalam tempoh dua minggu lepas, kes jangkitan melibatkan mereka yang dikuarantin selepas pulang dari  Kuwait, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, India, Pakistan, Turki, Rusia, Qatar, Amerika Syarikat dan Netherlands.

Sementara itu Thailand  menamatkan pelaksanaan perintah berkurung di seluruh negara, dan membuka kembali lebih banyak perniagaan serta venue.

FILIPINA merekodkan 490 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kes setakat 4 petang ini sebanyak 26,420 kes.

Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan 10 kes kematian baharu dicatatkan menjadikan 10,098 kes.

Di samping itu, DOH  juga mengumumkan 298 kes sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 6,252.

Related posts

Leave a Comment