Kes positif dunia lebih 7.8 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 7.87 juta dengan pertambahan lebih 120,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian meningkat sebanyak 5,000 kes menjadikan jumlah kes 432,173.

Data terbaharu Johns Hopkins University setakat 6.30 pagi menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.09 juta kes dan 115,721 kematian.

Brazil menduduki tempat kedua dengan 867,624 kes, diikuti Rusia 528,267 dan India 320,922 kes.Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom 297,342 , Sepanyol 243,928, Itali 236,989 dan Peru 225,132.

Kanada menyertai sembilan negara dalam kelompok melebihi 100,000 kes yang didahului Perancis 194,153, Jerman 187,518, Iran 187,427, Turki 178,239, Chile 167,355, Mexico 142,690, Pakistan 139,230, Arab Saudi 127,541 dan Kanada 100,403.

Bangladesh pula mencatatkan 87,520 kes mengatasi China yang merekodkan 84,296.

Sementara itu, bagi kes kematian, Brazil menduduki tempat kedua di belakang AS dengan catatan 43,332 diikuti United Kingdom 41,783, Itali 34,345, Perancis 29,410 dan Sepanyol 27,136.

Kes sembuh di seluruh dunia pula adalah 3,755,576.

Related posts

Leave a Comment