Kes harian naik kepada 4,507

ARAB Saudi sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila  4,507 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam meningkat lebih 200 kes berbanding 4,233 pada Ahad, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes keseluruhan kini adalah 132,048 sementara kematian pula mencecah 1,011 berikutan 39 lagi kes dilaporkan hari ini.

Kes aktif 43,147 dan kritikal 1,897 manakala jumlah pesakit pulih pula sebanyak 87,890 apabila 3,170 lagi pesakit dilaporkan sembuh .

Sementara itu, Riyadh terus menjadi lokasi yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,658 kes, menurun sedikit berbanding semalam.

Jeddah menduduki tempat kedua dengan 413 kes, Makkah 389, Dammam 270, Hafouf 205, Qattif 183, Taif 130 dan Madinah 125.

Peningkatan kes ini berkait rapat dengan kegagalan orang ramai mengikuti langkah-langkah pencegahan termasuk penjaran sosial dan mengelakkan perhimpunan ramai.

Penduduk diingatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan atau berhadapan langkah sekatan.

Related posts

Leave a Comment