77.8 % populasi lengkap vaksin

PUTRAJAYA 1 Dis. – Sebanyak 77.8 peratus atau 25,398,734 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25,850,878 daripada populasi keseluruhan juga menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam tempoh yang sama, seramai 22,689,471 individu atau 96.9 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sementara 98.3 peratus atau 23,028,508 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,709,263 individu atau 86.1 peratus telah melengkapkan dua dos.

Data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 135,914 dos diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,517,981 dos.

Related posts

Leave a Comment