MB Perlis pegang 6 portfolio, Exco 4 portfolio

ARAU 8 Jan. – Menteri Besar Abu Bakar Hamzah memegang enam portfolio manakala empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masing-masing diberi tanggungjawab empat portfolio bagi melancarkan pentadbiran kerajaan negeri.

Abu Bakar bertanggungjawab terhadap portfolio Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Ekonomi; Tanah dan Sumber Asli; Pelancongan dan Seni Budaya; Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar; Keselamatan dan Hubungan Sempadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim pula memegang portfolio Hal Ehwal Agama; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kepenggunaan serta Sumber Manusia dan Modal Insab.

Megat Hashirat Hassan (Pauh) pula bertanggungjawab terhadap portfolio Pertanian; Kesihatan; Keusahawanan dan Koperasi serta Alam Sekita.

ADUN Tambun Wan Zikri Afhtar Ishak pula memegang portfolio Belia dan Sukan; Komunikasi dan Digital; Pengangkutan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

Marzita Mansor yang juga ADUN Sena memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pendidikan; Perpaduan serta Kebajikan & Pembasmian Kemiskinan.

Sementara itu,  Abu Bakar berkata, setiap Exco yang dilantik telah bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meneruskan gerak kerja terdahulu.

“Saya yakin mereka berempat dapat menjalankan amanah diberikan ini, ada juga portfolio yang diberikan itu mempunyai kaitan dengan tugasan dan pengalaman mereka,” katanya selepas majlis angkay sumpah semalam.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment