Hampir 70 % kes pulih di Saudi

JUMLAH kes positif Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 80,185 kes dengan pertambahan 1,644 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memberitahu sebanyak 16 kematian dilaporkan menjadikan 441 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 3,531 lagi pesakit pulih menjadikan 54,553 kes, iaitu hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Bagi kes baharu ini, 611 direkodkan di Riyadh, diikuti Jeddah 360, Makkah 148 dan Dammam 101. Terdahulu, awal hari ini, kementerian mengeluarkan kenyataan yang meminta orang untuk supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak leka kerana wabak itu masih…

Read More

Thailand catat 11 kes kuarantin

INDONESIA dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini merekodkan 687 kes positif Covid-19 serta 23 lagi kematian menjadikan keseluruhan kes 24,000 dan kematian meningkat kepada 1,496 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, berkata, seramai 13,250 pesakit masih dalam pemantauan. Setakat ini, provinsi Jakarta merekodkan kematian tertinggi iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (334 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain. Sementara itu, sebanyak 6,364 kenderaan dari wilayah lain diarahkan berpatah balik dan tidak dibenarkan memasuki Jakarta kerana tidak memiliki Surat Izin Keluar-Masuk daripada polis. FILIPINA sehingga pukul 4 petang…

Read More

Lima MP Bersatu dipecat

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Paelimen Langkawi dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta merta. Turut dipecat empat ahli Parlimen Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar). Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli Parlimen itu pada Rabu. Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. “Dalam…

Read More

Kes dan kematian meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian di seluruh dunia setakat 6 pagi ini meningkat kepada 5.6 juta kes dan 353,414 kematian berbanding tempoh 24 jam semalam iaitu 5.55 juta kes dan 348,447 kematian. Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 1,695,776 berbanding 1,679,419 kes pagi semalam dan 100,047 kematian berbanding 98,852 . Brazil dan Rusia juga mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga kes tertinggi iaitu 391,222 dan 370,680 kes diikuti United Kingdom 268,616, Sepanyol 236,259 dan Itali 231,139. Enam negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 kes adalah Perancis 183,038,…

Read More

Singapura buka semula masjid

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka semula lima jam sehari, dari pukul hingga 6 petang, mulai 2 Jun, tanpa solat berjemaah termasuk solat Jumaat. Fasa pertama pembukaan semula selepas tempoh pemutus litar berakhir 1 Jun ini memberi keutamaan kepada pekerja khidmat penting yang tiada ruang tetap untuk beribadah termasuk pemandu perkhidmatan penghantaran serta pemandu kenderaan sewa dan teksi. Selepas pembukaan 68 masjid ini, ia akan diikuti pembukaan hampir semua masjid pada 8 Jun bagi solat lima waktu secara berseorangan. Lima zon solat akan diwujudkan…

Read More