Kes positif, korban meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian di seluruh dunia terus meningkat dengan angka kes mencecah 5.55 juta dan korban 348,447 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, 80,000 lagi kes positif dilaporkan dan kematian 4,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 1,679,419 kes dan 98,852 kematian.

Dua negara lagi mencatatkan jumlah melebihi 300,000 iaitu Brazil 374,898 dan Rusia 362,342 kes. Ini diikuti United Kingdom 266,596, Sepanyol 266,596 dan Itali 230,555.

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 182,847, Jerman 181,200, Turki 158,762, India 150,793, Iran 139,511 dan Peru 123,979.

Sementara itu, Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan 88,057 kes berbanding 84,102 di China.

Mengenai kes kematian, United Kingdom  mencatatkan 37,130 kes diikuti Itali 32,955,  Perancis 28,533, Sepanyol 27,117 dan Brazil 23,473.

Sementara itu,  bilangan pesakit yang sembuh pula sebanyak 2.27 juta

Related posts

Leave a Comment