Panduan solat di masjid Saudi

RIYADH : Berikutan penarikan balik perintah berkurung secara berperingkat mengikut fasa, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Hal Ehwal Islam telah mengeluarkan garis panduan atau pekeliling berkaitan solat di masjid seluruh negara itu kecuali di Makkah. Pekeliling itu telah diedarkan kepada seluruh masjid untuk dipatuhi mulai 31 Mei ini apabila solat fardu dan Jumaat dibenarkan. Syarat yang ditetapkan adalah : 1. Masjid dibuka 15 minit sebelum azan dan ditutup 10 minit selepas selesai solat. 2. Waktu menunggu antara azan dan iqamah hanya 10 minit. 3. Tingkap dan pintu sentiasa dibuka semasa…

Read More

Kes harian Arab Saudi turun

ARAB Saudi merekodkan 1,815 kes baharu dengan 14 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes 78,541 dan kematian 425. Berdasarkan angka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, ia menunjukkan penurunan kes harian secara konsisten berbanding hari-hari lain terutama pada 16 Mei yang merekodkan 2,840 kes. Di samping itu, kementerian melaporkan sebanyak 2,572 kes pulih menjadikan kes sembuh setakat ini 51,022 iaitu lebih 50 peratus kes positif yang dicatatkan Berdasarkan kes baharu, Riyadh merekodkan 739 kes diikuti Jeddah 325, Makkah 162, Hufuof 118, Dammam 74,  Al Khobar 54, Hail 37 dan Madinah 35.

Read More

Thailand catat 9 kes baharu

THAILAND kembali mencatatkan kes baharu hari ini selepas tiada sebarang kes dilaporkan semalam. Sembilan kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah terkini sebanyak 3,054 kes.. Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA), Taweesin Wisanuyothin, kes baharu membabitkan warganegara yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara. Pesakit mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara iaitu dua dari Amerika Syarikat, satu dari Qatar dan enam kes dari Arab Saudi. Setakat ini, seramai 2,931 pesakit telah sembuh manakala angka kematian kekal 57 orang. INDONESIA pula merekodkan 686 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes 23,851 sementara…

Read More

Sembilan kes tempatan

PUTRAJAYA : Lima belas kes positif baharu direkodkan hari ini tetapi enam adalah kes import manakala sembilan kes penularan tempatan melibatkan empat bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka.  Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah…

Read More

Jangan remeh kompaun PKPB

PELBAGAI kesalahan dikompaun gara-gara melanggar peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ternyata amaran pihak kerajaan bukan sekadar omong kosong. Di ALOR SETAR, seramai 23 individu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati berhimpun pada satu majlis jamuan Aidilfitri di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak, Gurun malam tadi (26 Mei). Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata tindakan dikenakan selepas mereka melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan penguatkuasaan PKPB…

Read More

‘Puncak jangkitan kedua’

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran terhadap negara yang sedang mengalami pengurangan jangkitan koronavirus Covid-19 boleh mengalami “puncak jangkitan kedua” jika mereka melonggarkan terlalu awal sekatan yang bertujuan membendung penularan pandemik itu. Pengarah Eksekutif (Program Kecemasan) WHO, Dr. Mike Ryan berkata, walaupun bilangan kes di banyak negara kian berkurangan, jumlah jangkitan sedang meningkat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Asia Selatan dan Afrika. Dalam taklimat media secara dalam talian di Geneva kelmarin, Dr Ryan berkata epidemik biasanya melanda mengikut gelombang dan ini bermakna pandemik Covid-19 boleh berulang…

Read More

Kes positif, korban meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian di seluruh dunia terus meningkat dengan angka kes mencecah 5.55 juta dan korban 348,447 kes. Menurut statistik Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, 80,000 lagi kes positif dilaporkan dan kematian 4,000 kes. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 1,679,419 kes dan 98,852 kematian. Dua negara lagi mencatatkan jumlah melebihi 300,000 iaitu Brazil 374,898 dan Rusia 362,342 kes. Ini diikuti United Kingdom 266,596, Sepanyol 266,596 dan Itali 230,555. Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis 182,847, Jerman 181,200, Turki 158,762, India 150,793, Iran 139,511…

Read More