Kes harian Arab Saudi turun

ARAB Saudi merekodkan 1,815 kes baharu dengan 14 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes 78,541 dan kematian 425.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, ia menunjukkan penurunan kes harian secara konsisten berbanding hari-hari lain terutama pada 16 Mei yang merekodkan 2,840 kes.

Di samping itu, kementerian melaporkan sebanyak 2,572 kes pulih menjadikan kes sembuh setakat ini 51,022 iaitu lebih 50 peratus kes positif yang dicatatkan

Berdasarkan kes baharu, Riyadh merekodkan 739 kes diikuti Jeddah 325, Makkah 162, Hufuof 118, Dammam 74,  Al Khobar 54, Hail 37 dan Madinah 35.

Related posts

Leave a Comment