RIYADH : Berikutan penarikan balik perintah berkurung secara berperingkat mengikut fasa, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Hal Ehwal Islam telah mengeluarkan garis panduan atau pekeliling berkaitan solat di masjid seluruh negara itu kecuali di Makkah.
Pekeliling itu telah diedarkan kepada seluruh masjid untuk dipatuhi mulai 31 Mei ini apabila solat fardu dan Jumaat dibenarkan.
Syarat yang ditetapkan adalah :
1. Masjid dibuka 15 minit sebelum azan dan ditutup 10 minit selepas selesai solat.
2. Waktu menunggu antara azan dan iqamah hanya 10 minit.
3. Tingkap dan pintu sentiasa dibuka semasa solat.
4. Memindahkan sementara al-Quran dan lain-lain buku dari masjid.
5. Menjaga jarak dua meter antara satu sama lain.
6. Jarak satu saf di antara saf solat.
7. Semua air minuman sejuk dan peti sejuk ditutup.
8. Tidak dibenarkan agihan air atau makanan di masjid.
9. Tandas dan tempat wuduk ditutup.
Peraturan untuk solat Jumaat pula adalah :
1. Masjid dibuka 20 minit sebelum dan selepas solat.
2. Khutbah dan solat tidak melebihi 15 minit..
Pekeliling atau garis panduan juga menetapkan semua kursus, kuliah, program, syarahan dan sebagainya di masjid digantung sehingga diberitau.
Imam pula diminta mengingatkan jemaah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
1. Memakai penutup muka dan hidung.
2. Membawa sejadah masing-masing dan tidak ditinggalkan selepas solat.
3. Menghalang mereka yang berusia 15 tahun ke bawah memasuki masjid.
4. Mengambil wuduk di rumah.
5. Mengelakkan kesesakan semasa masuk dan keluar masjid.