Sembilan kes tempatan

PUTRAJAYA : Lima belas kes positif baharu direkodkan hari ini tetapi enam adalah kes import manakala sembilan kes penularan tempatan melibatkan empat bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka. 

Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sebanyak  lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia.

Beliau memberitahu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,421 kes.

Related posts

Leave a Comment