Hidup tidak seperti sedia kala

PENDUDUK Singapura diingatkan bahawa kehidupan mereka tidak dapat kembali kepada keadaan asal sebaliknya perlu membiasakan diri dengan norma baharu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong sedar bahawa ramai orang mahu keadaan kembali sedia kala selepas tempoh pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19, berakhir pada 1 Jun ini.

“Namun, kita tidak boleh kembali kepada keadaan asal.:Pemutus litar terbukti berkesan dan keadaan kita semakin baik, tetapi perjuangan menentang Covid-19 jauh daripada selesai,” tulis Lee dalam catatan Facebook semalam.

Beliau sedar semua orang tidak sabar hendak kembali kepada kehidupan seperti biasa – menghantar anak-anak ke sekolah, buka semula perniagaan, makan di luar bersama kawan, dan mengunjungi keluarga serta orang tercinta.

Justeru Singapura mengambil keputusan membuka semula masyarakat dan ekonomi secara berperingkat.

“Kita tidak boleh terus tutup selama-lamanya, jadi kita perlu membiasakan diri dengan norma baru, menyesuaikan diri dengan rutin hidup dan bekerja dengan selamat meskipun dalam keadaan pandemik sedunia ini,” katanya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai negara lain yang mengalami kenaikan semula Kes setelah aktiviti dibuka semula.

“Ia hanya memerlukan satu orang yang dijangkiti untuk memulakan kelompok baru,” kata Lee.

Lee juga berharap, Singapura akan bangkit lebih kuat daripada pengalaman ini.

Related posts

Leave a Comment