Lagi 2,532 kes Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,532 kes baharu serta 12 kematian yang membawa jumlah keseluruhan kes 65,077 dan kematian akibat koronavirus Covid-19 sebanyak 351. Sebanyak 61 peratus daripada kes baharu melibatkan bukan warganegara manakala 73 peratus melibatkan lelaki. Kes aktif pula 28,686 di mana 281 kritikal sementara 2,562 kes lagi pulih menjadikan jumlah pulih keseluruhan 36,040. Sementara itu, majoriti kes dilaporkan di Riyadh iaitu 714 diikuti Jeddah 390, Makkah 299, Madinah 193, Buraidah 144 dan Hufof 141.

Read More

973 kes baharu di Indonesia

KES positif Covid-19 di INDONESIA kini meningkat kepada 20,162 berikutan tambahan 973 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto,  bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian kini 1,278 orang. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA pula mengesahkan 448 lagi kes positif dengan majoriti melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama. Dengan kes baharu itu, menjadikan jumlah…

Read More

Tiada lagi rentas negeri

PUTRAJAYA: Rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Itu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah dua tiga hari ini semakin ramai yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Individu yang masih berdegil dengan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bukan sahaja akan diarah berpatah balik, malah dikompaun serta-merta. Keputusan itu diumum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Polis tidak akan benarkan. Kita tidak membuka ruang rentas negeri lagi. ‘No more’. Kedua, sampai hari ini, apabila…

Read More

50 kes baharu

PUTRAJAYA : Sebanyak 50 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Khamis, 21 Mei menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,059 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 50 kes baharu itu, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 47 kes adalah penularan. “Bagi 47 kes penularan tempatan itu, 41 kes melibatkan bukan warga Malaysia dengan 34 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Mereka ini telah berada dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas,” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan Covid-19. Sementara itu, jumlah kes…

Read More

Hidup tidak seperti sedia kala

PENDUDUK Singapura diingatkan bahawa kehidupan mereka tidak dapat kembali kepada keadaan asal sebaliknya perlu membiasakan diri dengan norma baharu. Perdana Menteri Lee Hsien Loong sedar bahawa ramai orang mahu keadaan kembali sedia kala selepas tempoh pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19, berakhir pada 1 Jun ini. “Namun, kita tidak boleh kembali kepada keadaan asal.:Pemutus litar terbukti berkesan dan keadaan kita semakin baik, tetapi perjuangan menentang Covid-19 jauh daripada selesai,” tulis Lee dalam catatan Facebook semalam. Beliau sedar semua orang tidak sabar hendak kembali kepada kehidupan seperti biasa – menghantar anak-anak ke sekolah,…

Read More

AS mendahului 1.5 juta kes

SETAKAT pukul 7 pagi ini, Khamis, 21 Mei, kes positif Covid-19 seluruh dunia mencecah 4.96 juta manakala jumlah kematian pula 326,000. Menurut data Johns Hopkins University, enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 sementara Amerika Syarikat (AS) merekodkan 1.5 juta kes dan 93,000 kematian. Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 adalah Rusia.     308,705, Brazil 271,628, United Kingdom (UK) 249,616, Sepanyol 232,555 dan Itali 227,364. Bagi jangkitan melebihi 100,000,:negara terlibat adalah Perancis yang mencatatkan 181,700 kes diikuti Jerman 178,473, Turki 152,587, Iran 126,949 , India 112,028 dan Pweu 104,020 Peru.…

Read More