AS mendahului 1.5 juta kes

SETAKAT pukul 7 pagi ini, Khamis, 21 Mei, kes positif Covid-19 seluruh dunia mencecah 4.96 juta manakala jumlah kematian pula 326,000.

Menurut data Johns Hopkins University, enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 sementara Amerika Syarikat (AS) merekodkan 1.5 juta kes dan 93,000 kematian.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 adalah Rusia.     308,705, Brazil 271,628, United Kingdom (UK) 249,616, Sepanyol 232,555 dan Itali 227,364.

Bagi jangkitan melebihi 100,000,:negara terlibat adalah Perancis yang mencatatkan 181,700 kes diikuti Jerman 178,473, Turki 152,587, Iran 126,949 , India 112,028 dan Pweu 104,020 Peru.

China pula mencatatkan 84,063 ! Kanada 81,549 dan Arab Saudi 62,545.

Sementara itu, rekod kematian pula, menduduki tempat kedua selepas AS adalah UK iaitu buah negara merekodkan lebih 30,000 korban iaitu UK 35,785 kematian dan Itali 32,330,

Perancis pula merekodkan 28,135,  Sepanyol 27,888 dan Brazil 17,971

Jumlah pesakit yang telah sembuh daripada pandemik itu kini mencapai 1.87 juta kes.

Related posts

Leave a Comment