973 kes baharu di Indonesia

KES positif Covid-19 di INDONESIA kini meningkat kepada 20,162 berikutan tambahan 973 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, 

bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian kini 1,278 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA pula mengesahkan 448 lagi kes positif dengan majoriti melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Dengan kes baharu itu, menjadikan jumlah yang dijangkiti di republik ini 29,812 kes.

Data tengah hari itu menunjukkan bahawa 13 kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Menurut kementerian itu, daripada jumlah itu tujuh kes dikesan dari penghuni rumah penjagaan dan petugas pra-sekolah, dan empat dari satu keluarga kluster yang dikaitkan dengan satu asrama.

Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan FILIPINA mengesahkan 213 kes baharu menjadikan 13,434 kes. Pada masa yang sama 68 kes pulih menjadikan kes sembuh 3,000.

Empat kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah kes 846.

THAILAND pula mekaporkan tiga kes baharu menjadikan jumlah kes 3.037. Tiada kematian dilaporkan dengan jumlah kes kekal 56.

Tiga kes itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun, lelaki Jerman  yang beristerikan wanita tempatan dan seorang wanita yang baru pulang dari Filipina.

Sementara itu, 2,897 kes pulih termasuk lapan orang yang pulih hari ini. Ini bermakna 84 orang masih dirawat.

Sementara itu, BRUNEI DARUSSALAM terus kekal dengan  141 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memberitahu setakat ini empat masih dirawat, dua dalam keadaan kritikal manakala 136 sembuh.

Related posts

Leave a Comment