Lagi 2,532 kes Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,532 kes baharu serta 12 kematian yang membawa jumlah keseluruhan kes 65,077 dan kematian akibat koronavirus Covid-19 sebanyak 351.

Sebanyak 61 peratus daripada kes baharu melibatkan bukan warganegara manakala 73 peratus melibatkan lelaki.

Kes aktif pula 28,686 di mana 281 kritikal sementara 2,562 kes lagi pulih menjadikan jumlah pulih keseluruhan 36,040.

Sementara itu, majoriti kes dilaporkan di Riyadh iaitu 714 diikuti Jeddah 390, Makkah 299, Madinah 193, Buraidah 144 dan Hufof 141.

Related posts

Leave a Comment