Riyadh catat kes tertinggi

ARAB Saudi mengesahkan 2,509 lagi kes baharu koronavirus selepas melakukan 16,140 ujian dalam tempoh 24 jam menjadikan 59,854 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Dr. Mohammed al-Abd al-Ali juga mengesahkan sembilan kematian menjadikan jumlah keseluruhan 329.

Sementara itu, kes pulih meningkat kepada 31,634 apabila 2,886 kes lagi pulih dan secara tidak langsung menunjukkan lebih 50 peratus kes yang dijangkiti pulih.

Daripada kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 26 peratus melibatkan wanita sementara  35 peratus adalah melibatkan warganegara tempatan.

Riyadh melaporkan 730 kes, diikuti Jeddah 526, Makkah 385, Madinah 296, Hufof 117 .

Related posts

Leave a Comment