Al Aqsa dibuka selepas raya

MASJID al-Aqsa yang ditutup sepenuhnya sepanjang Ramadan akan dibuka semula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan hujung minggu ini. Menurut satu kenyataan organisasi Waqf Baitulmuqaddis, terma pembukaan semula masjid itu akan diumumkan kemudian. Sebelum ini Majlis Ulama Baitulmuqaddis mengumumkan seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa ditutup kepada orang awam ekoran kebimbangan wabak Covid-19. Keputusan larangan untuk solat di kompleks itu sudah diumum pada 23 Mac lepas.

Read More

Riyadh catat kes tertinggi

ARAB Saudi mengesahkan 2,509 lagi kes baharu koronavirus selepas melakukan 16,140 ujian dalam tempoh 24 jam menjadikan 59,854 kes. Jurucakap Kementerian Kesihatan Dr. Mohammed al-Abd al-Ali juga mengesahkan sembilan kematian menjadikan jumlah keseluruhan 329. Sementara itu, kes pulih meningkat kepada 31,634 apabila 2,886 kes lagi pulih dan secara tidak langsung menunjukkan lebih 50 peratus kes yang dijangkiti pulih. Daripada kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 26 peratus melibatkan wanita sementara  35 peratus adalah melibatkan warganegara tempatan. Riyadh melaporkan 730 kes, diikuti Jeddah 526, Makkah 385, Madinah 296, Hufof 117 .

Read More

Kes di Indonesia meningkat

KES positif Covid-19 di INDONESIA terus meningkat kepada 18,496 kes dengan 30 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, kata jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai Covid-19 Achmad Yurianto. Jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat sebanyak 486 kes baharu manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 11,891 orang,” katanya dalam sidang media harian. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 470 kes diikuti Jawa Timur (222 kes), Jawa Barat (124), Jawa Tengah…

Read More

Catatan 26 Ramadan

Ramadan menghampiri penghujungnya (Menyelak kembali tulisan Selak 11 Jun 2018) HARI ini, hari ke-26 umat Islam di Malaysia berpuasa. Berbaki tiga atau empat hari lagi untuk menyelesaikan sebulan berpuasa. Biasanya waktu ini, pelbagai kesibukan dapat dilihat sama ada di bandar atau desa. Ada yang sibuk membuat persiapan untuk berhari raya di kampung halaman masing- masing. Lazimnya, warga Kuala Lumpur akan beransur-ansur meninggalkan ibu negara. Berapa ramai dalam kalangan warga kota yang tergolong sebagai orang yang tidak berminat pulang ke kampung? Tidak ramai yang akan kekal di tengah bandar untuk berhari…

Read More

37 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 37 kes baharu positif Covid-19 dikesan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 6,978 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,218 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 31 lagi kes jangkitan dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada 37 kes baru yang dilaporkan, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan…

Read More

4.7 juta kes, 317,000 korban

DATA Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.7 juta manakala kematian pula lebih 317,000. Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kes tertinggi iaitu 1.5 juta serta merekodkan kematian tertinggi melebihi 90,000 kes. Lima negara lagi ialah Rusia 290,678, United Kingdom 247,706, Brazil 245,595, Sepanyol       231,606 dan Itali 225,886. Negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Perancis 180,051, Jerman 176,551 Turki 150,593,  Iran 122,492 dan India 100,340.  Ini diikuti Peru yang  mencatatkan 94,933 kes mengatasi China…

Read More