Al Aqsa dibuka selepas raya

MASJID al-Aqsa yang ditutup sepenuhnya sepanjang Ramadan akan dibuka semula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan hujung minggu ini.

Menurut satu kenyataan organisasi Waqf Baitulmuqaddis, terma pembukaan semula masjid itu akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini Majlis Ulama Baitulmuqaddis mengumumkan seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa ditutup kepada orang awam ekoran kebimbangan wabak Covid-19.

Keputusan larangan untuk solat di kompleks itu sudah diumum pada 23 Mac lepas.

Related posts

Leave a Comment