4.7 juta kes, 317,000 korban

DATA Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.7 juta manakala kematian pula lebih 317,000.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kes tertinggi iaitu 1.5 juta serta merekodkan kematian tertinggi melebihi 90,000 kes.

Lima negara lagi ialah Rusia 290,678, United Kingdom 247,706, Brazil 245,595, Sepanyol       231,606 dan Itali 225,886.

Negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Perancis 180,051, Jerman 176,551 Turki 150,593,  Iran 122,492 dan India 100,340.  Ini diikuti Peru yang  mencatatkan 94,933 kes mengatasi China 84,054 

Mengenai angka korban pula, dua  negara kini melepasi angka 30,000 iaitu

United Kingdom 32,007 dan Itali 32,007 sementara Perancis 28,242, Sepanyol  27,709 dan Brazil 16,370.

Related posts

Leave a Comment