36 kes baharu, 88 sembuh

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 36 kes baharu positif Covid-19 setakat 12 tengah hari Jumaat, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

Dalam tempoh yang sama tiada kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 adalah kes dalam kalangan bukan warganegara.

Jumlah kes positif adalah 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,304 kes.

Sebanyak 88 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 5,439 kes, iaitu 79.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment