Kes Saudi cecah 49,176

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,307 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 49,176. Dalam tempoh yang sama sembilan kematian dilaporkan menjadikan 292 kes sementara 2,818 pesakit pulih sepenuhnya menjadikan kes sembuh 21,869. Sebanyak 41 peratus kes baharu melibatkan warganegara tempatan. Jeddah merekodkan 444 kes, Makkah 443, Riyadh 419. Madinah 152, Dammam 148 dan 128 di Al-Hafof.

Read More

7 kembali dari Pakistan positif

THAILAND kembali mencatat kes baharu apabila tujuh kes dilaporkan hari Jumaat tetapi sifar kematian. Rabu lalu, tiada kes dilaporkan sementara semalam satu kes dicatatkan.. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, kes kematian kekal 56 sementara jumlah kes 3,025. Kes baharu yang dicatatkan adalah mereka yang baru pulang dari Pakistan pada 7 Mei lalu dan telah dikuarantin. SINGAPURA mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891. Data awal pada tengah hari Jumaat menunjukkan hanya satu kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap…

Read More

Semoga tiada kluster PRK Chini

MUNGKINKAH Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) ? Jika berlaku, RM4.3 juta bakal diselamatkan. Persoalannya bersediakah pembangkang memberi laluan sedangkan kerusi yang ada sanggup dikosongkan untuk diadakan PRK? PKR dijangka tidak menyerah dan mustahil BN akan diberi laluan mudah. Walaupun demokrasi membenarkan PRK ditandingi sesiapa sahaja yang layak, tetapi pertimbangan boleh dibuat bergantung kepada parti politik atau mana-mana individu yang berminat menawarkan diri. PRK itu ditetapkan pada Sabtu, 4 Julai manakala penamaan calon ialah pada 20 Jun dan pengundian…

Read More

36 kes baharu, 88 sembuh

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 36 kes baharu positif Covid-19 setakat 12 tengah hari Jumaat, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac. Dalam tempoh yang sama tiada kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 adalah kes dalam kalangan bukan warganegara. Jumlah kes positif adalah 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,304 kes. Sebanyak 88 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 5,439 kes, iaitu 79.3 peratus daripada…

Read More

Khutbah : Usaha, ikhtiar, doa

MIMBAR Jumaat hari ini membicarakan khutbah bertajuk : “Muafakat Meraih Berkat”. Khatib menarik perhatian mengenai kombinasi peranan ulama, umara dan rakyat yang merupakan elemen utama dalam menentukan kejayaan dan kesejahteraan sesebuah negara. Dalam situasi menangani penularan wabak Covid-19, gandingan semua pihak mula menampakkan natijah yang baik.  Perintah Kawalan Pergerakan secara berperingkat dengan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disokong oleh semua agensi dan rakyat adalah langkah yang tepat pada masanya.  Ini bertepatan dengan kaedah yang menyatakan urus tadbir pemerintah ke atas rakyat…

Read More

AS kekal kes tertinggi

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 4.42 juta kes di seluruh dunia berikutan pertambahan 90,000 kes manakala kematian meningkat 8,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah korban melebihi 301,000.. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan kes dan kematian iaitu 1.41 juta kes sementara kematian pula 85,581 . Empat negara kini merekodkan angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Rusia sebanyak 252,245, United Kingdom (UK) 234,432 , Sepanyol  229,540 dan Itali 223,096 Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 adalah Brazil yang merekodkan 197,838, Perancis. 178,994, Jerman 174,478,…

Read More