MULAI hari ini, mereka yang terkandas di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu boleh mengatur perjalanan pulang ke kediaman masing-masing sehingga hingga Ahad, melalui pergerakan Gerak Malaysia.
Perjalanan bermula hari ini dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain di Semenanjung, esok 8 Mei , dari Perak, Johor dan Kelantan ke negeri-negeri lain di Semenanjung ;
9 Mei – dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang dan 10 Mei – dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 300,000 kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara bermula hari ini sehingga Ahad.
Orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh perjalanan itu.