Makkah catat 287 kes baharu

ARAB Saudi melaporkan 1,645 kes baharu Covid-19 dan tujuh kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 28,656 manakala kematian meningkat kepada 191. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan kematian melibatkan tujuh bukan penduduk Saudi yang tinggal di Makkah dan Jeddah. Sebanyak 81 peratus kes baharu melibatkan bukan penduduk Saudi manakala 19 peratus melibatkan warga tempatan. Sebanyak 13 peratus kes baharu melibatkan wanita dan 87 peratus lelaki. Makkah mendahului dengan 287 kes diikuti Dammam dan Jeddah masing-masing 261 kes, Jubail 217, Madinah 152, Hufof 133 dan Riyadh 131. Sementara itu, sebanyak 4,476 kes dilaporkan pulih.

Read More

Singapura catat 573 kes baharu

THAILAND melaporkan 18 kes baharu Covid-19 yang melibatkan pendatang yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di wilayah selatan Songkhla menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2,987 manakala jumlah kematian kekal 54. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA)  Thaweesilp Wissanuyothin  berkata kes baharu itu melibatkan 17 wanita berumur antara 13 dan 22 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Sadao. Pada 25 April lepas, seramai 42 pendatang termasuk dua rakyat Malaysia dari pusat tahanan itu disahkan positif Covid-19. Berhubung laporan 40 kes positif COVID-19 di Yala, selatan Thailand, Thaweesilp berkata semua sampel telah…

Read More

55 kes baharu, 71 sembuh

Hari pertama bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, 4 Mei, kes baharu positif Covid-19  turun semula kepada dua angka dengan mencatatkan 55 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 6,353 kes. Tiada kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh pula ialah 71 kes melebihi jumlah kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 4,484 kes iaitu 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada 55 kes baharu, tujuh adalah kes import manakala kes penularan tempatan adalah 48 kes, iaitu 24 kes dikesan dari kluster dan lokaliti di…

Read More

PKP4 batal, kini PKP5 @ PKPB

HARI ini sudah masuk fasa kelima. Bukan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 (PKP4). Justeru,  peraturan-peraturan di bawah PKP4 sebelum ini terbatal dengan bermulanya PKP Bersyarat (PKPB) yang juga sebagai PKP fasa lima (PKP5). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak perlu mematuhi peraturan di bawah PKP5.  “Jika ada pihak tertentu yang masih mahu mengikut peraturan PKP4, ia adalah salah, kerana ia telah pun diganti dengan peraturan baharu PKP5.  “Sekarang semua negeri tertakluk pada PKP5, saya harap mereka (di peringkat negeri) sedar perkara ini, perlu patuh kepada PKP5 ini,”…

Read More

PKPB: Mula belajar norma baharu kehidupan

HARI ini 4 Mei, 11 Ramadan, belum ‘1 Syawal’. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukannya Perintah Kawalan Penduduk Beraya atau Perintah Kawalan Pergerakan Bebas. Kelonggaran yang diberi bukan memberi kebebasan mutlak untuk bebas bergerak ke sana ke sini terutama bagi mereka yang berkenaan. Mulai hari ini juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 mengambil tempat setelah PKP4 terbatal berikutan pelaksanaan PKPB. Semua peraturan PKP4 terbatal. Pelaksanaan PKPB ini bermula hari ini dilihat banyak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat lebih-lebih lagi apabila kes baharu kembali mencatatkan tiga digit. Di Thailand, kelonggaran…

Read More

Buka semula masjid dan surau jika kerajaan puas hati

MASJID dan surau akan dibuka semula  sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang telah disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).  Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. Garis panduan itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas…

Read More

Pengguna perlu berdisiplin

MULAI hari ini, perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Suasana baharu akan mewarnai kehidupan pengguna pengangkutan awam ini. Pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di platform dan tren. Hanya sebilangan penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak. Penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan lebih lama daripada biasa. Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen dan penumpang yang mempunyai suhu badan…

Read More