Jemaah umrah Ramadan

MAKKAH: Jemaah umrah pada bulan puasa yang sudah mendapat vaksin Covid-19  melakukan tawaf di Masjidilharam pada Selasa (13 April),  hari pertama Ramadan.

Mereka yang memakai pelitup memasuki Masjidilharam secara berkumpulan untuk melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, di samping menjaga jarak selamat.

Hanya jemaah yang diimunisasi layak mendapat permit untuk melakukan umrah dan solat jemaah di Masjidilharam semasa bulan Ramadan.

Tiga kategori jemaah yang dianggap sudah diimunisasi- adalah mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, mereka yang sudah menerima dos pertama sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya dan mereka yang sudah pulih daripada jangkitan tersebut.

Jumlah jemaah yang boleh ditampung Masjidil Haram semasa Ramadan dinaikkan kepada 50,000 jemaah umrah dan 100,000 jemaah sehari.

(Foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment