Covid-19: Kematian 190,000

WABAK Covid-19 terus merekodkan peningkatan kematian apabila dalam tempoh 24 jam, jumlah itu bertambah 5,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan 190,000 kematian awal pagi ini.

Dalam tempoh yang sama, data Johns Hopkins Univerisity menunjukkan pertambahan lebih 60,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan 2.7 juta.

Empat buah negara kini mencatatkan kes maut melebihi 20,000 di mana

Amerika Syarikat (AS) mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang merekodkan jumlah menghampiri 50,000 iaitu 49,759, bertambah 1,000 kes.

Ini diikuti dengan Itali yang mencatatkan pertambahan lebih 400 kematian dengan jumlah keseluruhan lebih 25,500 kematian, Sepanyol menjadi negara ketiga paling teruk dengan pertambahan lebih 457 korban, menjadikan 22,157 kematian.

Perancis pula merekodkan pertambahan 556 kes kematian dan secara keseluruhan 21,856 kematian manakala United Kingdom (UK) mencatatkan pertambahan lebih 700 korban baharu menjadikan 18,738 kematian.

Sementara itu tujuh Sepanyol menyertai AS berada dalam kelompok  negara yang mencatatkan angka positif melebihi 200,000 kes apabila mencatatkan 213,024 kes iaitu pertambahan lebih 4,000 kes.

AS kekal paling teruk dengan lebih 873,000 kes, pertambahan lebih 17,000 kes baharu sementara Itali dan Perancis masing-masing mencatatkan 189,973 kes dan 159,460 kes secara keseluruhan.

Jerman dan United Kingdom pula mencatatkan angka positif melebihi 100,000 dengan 151,784 dan 139,246 kes baharu diikuti Turki yang melepasi angka 100,000 kes baharu dengan keseluruhan 101,790 kes, pertambahan lebih 3,000 kes positif.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 732,647 di seluruh dunia

Related posts

Leave a Comment